Monday 13 February 2012

Sifat Terpuji Rasulullah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


     Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kerana sudi singgah untuk menghayati kisah-kisah perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam.Tapi sebelum itu, saya terlebih dahulu ingin memberi sedikit maklumat mengenai sifat-sifat Rasulullah untuk kita  contohi dan teladani dalam kehidupan seharian.Moga kita mendapat rahmat daripada Allah SWT.Insya-Allah.

"Sesungguhnya telad ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."(Surah Al-Ahzab ayat : 21)



Antara sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW yang perlu kita ketahui ialah :-

  • Siddiq ertinya berkata benar. Benar adalah suatu sifat yg mulia yg menghiasi akhlak peribadi Rasulullah.Tidak ada satu perkataan pun yg dikeluarkan daripada mulut baginda yg tidak benar.Malah,perbuatan baginda juga adalah bersifat benar.Rentetan itu,Saidina Abu Bakar sentiasa membenarkan setiap apa yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW.

  • Amanah ertinya dipercayai.Beliau sangat terkenal dengan sifat amanah dalam kalangan penduduk Mekah.Beliau juga mendapat gelaran al-Amin(yang dipercayai) daripada penduduk Arab Mekah sendiri kerana beliau tidak pernah berdusta.Baginda mendapat kepercayaan penuh daripada Siti Khadijah dalam menjalankan perniagaannya disebabkan sifat amanah yg dimiliki oleh Rasulullah.


  • Tabligh ertinya menyampaikan.Baginda akan menyebarkan dan menyampaikan setiap wahyu yg diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui perantaraan malaikat Jibril dengan bersungguh-sungguh walaupun menghadapi pelbagai rintangan.Wahyu yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui 2 cara iaitu secara sembunyi yakni kepada kaum kerabat baginda dan secara terang-terangan.


  •  Fatanah ertinya bijaksana.Semasa berumur 35 tahun,baginda pernah menyelesaikan masalah persengketaan di kalangan kabilah Arab quraisy yg berpunca daripada peletakan semula batu Hajarul Aswad yang terjatuh semasa banjir melanda kota Mekah ke tempat asalnya iaitu di penjuru Timur Kaabah.Kebijaksaan baginda semakin terserlah apabila Nabi Muhammad SAW memeterai perjanjian Hudaibiyah dengan orang Arab quraisy Mekah.

     Itulah antara sifat-sifat terpuji yg dimiliki Rasulullah SAW ygsangat dikagumi oleh orang kafir Quraisy sendiri.Sama-samalah kita menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim.Kita seharusnya menunjukkan rasa kasih dan cinta kita kepada Rasulullah dengan mencontohi sifat terpuji yg dimiliki baginda.Mudah-mudahan kita semua akan mendapat keberkatan dan rahmat oleh Allah SWT di akhirat kelak.Insya-Allah.


"Sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW itu adalah Al-Quran"
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Wallahu'alam.






Untuk belajar perlbagai ilmu seni, klik sini
.
Cara Senang Buat duit Online

No comments:

Post a Comment