Sunday 26 February 2012

Gurauan Rasulullah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




     Rasulullah SAW bukan sahaja terkenal dengan sifatnya yang mulia dan budi pekerti yang tinggi bahkan baginda Rasulullah juga suka bergurau senda.Hal ini kerana baginda suka mengambil hati dan membuat isteri dan sahabat baginda gembira.Akan tetapi,baginda Rasulullah apabila bergurau tidak melampaui batas.

 Abu Hurairah r.a pun menceritakan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah! Apakah engkau juga bersenda gurau bersama kami?" Maka Rasulullah SAW menjawab dengan  sabdanya, "Betul,hanya saja aku selalu berkata benar." 
(Riwayat Imam Ahmad)


     Rasulullah SAW tidak pernah ketawa berdekah-dekah tetapi hanya tersenyum sahaja.Rasulullah SAW apabila ketawa hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja dan bukannya ketawa yang berdekah-dekah,mengilau-ngilau dan terkekeh-kekeh.

“Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman”(Riwayat Tirmidzi)


     Antara gurauan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hayat baginda adalah  seperti berikut :-

  • Pada suatu hari, datang seorang ibu saudara baginda iaitu Sofiyyah Binti Abdul Muttalib lalu berkata, Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga.” Maka Nabi SAW berkata kepadanya, Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua. Ibu saudaranya pun menangis kerana disangkakan bahawa beliau tidak layak masuk ke syurga.Lalu baginda menyatakan maksud sebenarnya iaitu penghuni syurga semuanya akan dijadikan muda-muda belaka, maka sudah tentu tiada lagi orang tua di dalam syurga. Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT:

    “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)


  • Abu Talhah mempunyai seorang anak lelaki kecil yg dikenali sebagai 'Abu Umair'. Anak lelaki Abu Talhah ini memelihara seekor burung yg diberi nama 'Nughair'. Rasulullah SAW selalu bergurau dgn budak kecil ini apabila bertemu dengannya. 



    Baginda selalu bertanya kepada budak itu tentang burung yg dipeliharanya dengan berkata: Wahai Abu Umair, apakah yang dibuat oleh Nughair?. Gurauan Rasulullah ini membuatkan budak kecil itu berasa gembira dan senang dengan Rasulullah SAW.


  • Satu ketika, Rasulullah SAW dan para sahabat sedang makan buah kurma, biji- bijinya mereka sisihkan di tempatnya masing- masing. Beberapa saat kemudian, Ali menyedari bahawa dia memakan terlalu banyak kurma. Biji-biji kurma sisa mereka berkumpul lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah SAW. Maka Ali pun secara diam- diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah.

    Kemudian Ali ra dengan tersipu-sipu mengatakan, Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

    Nabi pun tersenyum dan menjawab, Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma berikut biji-bijinya. (Riwayat Bukhori)




  • Daripada Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa terdapat seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata: Berikanlah aku seekor unta untuk aku menunggangnya.” Lalu jawab Rasulullah:  Bahkan aku akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya.” Wanita itu pun berkata:  Anak unta tidak dapat memberi manfaat kepadaku kerana ia sudah tentu tidak mampu untuk berjalan apabila aku menungganginya.

    Maka Rasulullah SAW pun menerangkan maksudnya yang sebenar. Lalu berkata baginda:  Setiap unta itu adalah anak kepada unta yang lain. Jadi yang dimaksudkan bukanlah anak unta yang kecil, sebaliknya unta yang besar.


  • Daripada Zaid Bin Muslim menyatakan bahawa terdapat seorang wanita yang dikenali sebagai Ummu Aiman telah datang kepada Rasulullah SAW dan memberitahu baginda bahawa suaminya menjemput Rasulullah SAW untuk ke rumahnya. Lalu baginda pun bertanya kepada wanita tersebut:  Siapakah suamimu itu? Apakah kedua matanya berwarna putih?”. Lalu wanita tersebut menafikan bahawa suaminya bukanlah seorang yang bermata putih. Walaupun mendengar penafian wanita tersebut, baginda Rasulullah tetap mengulanginya dengan menyatakan bahawa suaminya bermata putih.Wanita tersebut sekali lagi menafikannya. Lalu Rasulullah SAW memberitahu kepada wanita tersebut bahawa setiap orang mempunyai mata putih  yang melingkungi mata hitamnya.




  • Seorang sahabat bernama Zahir, dia agak lemah daya fikirannya. Namun Rasulullah mencintainya, begitu juga Zahir. Zahir ini sering menyendiri menghabiskan hari-harinya di gurun pasir. Sehinggakan Rasulullah SAW berkata: “Zahir ini adalah lelaki padang pasir, dan kita semua tinggal di kotanya.”

    Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang ke pasar, dia melihat Zahir sedang berdiri melihat barang-barang dagangan.Tiba-tiba Rasulullah memeluk Zahir dari belakang dengan erat. Zahir pun berkata: “Heii……siapa ini? lepaskan aku!. Zahir memberontak dan menoleh ke belakang, ternyata yang memeluknya Rasulullah.

    Zahir pun segera menyandarkan tubuhnya dan lebih mengeratkan pelukan Rasulullah. Rasulullah berkata: Wahai umat manusia, siapa yang mau membeli budak ini?”. Zahir seraya berkata: Ya Rasulullah, aku ini tidak bernilai di pandangan mereka.

    Rasulullah lalu berkata: “Tapi di pandangan Allah, engkau sungguh bernilai Zahir. Mau dibeli Allah atau dibeli manusia?”. Zahir pun makin mengeratkan tubuhnya dan merasa damai di pelukan Rasulullah. (Riwayat Imam Ahmad dari Anas ra.)


     Kita seharusnya mencontohi adab-adab Rasulullah SAW ketika bergurau senda. Semoga ianya mendapat keredhaan Allah SWT.Insya-Allah.

Wallahu'alam.






Untuk belajar perlbagai ilmu seni, klik sini

No comments:

Post a Comment