Saturday 25 February 2012

Kisah Perjuangan Rasulullah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani




     Setiap tahun kita akan menyambut perayaan bagi meraikan kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW dengan program-program yang berfaedah seperti berarak,ceramah agama dan sebagainya. Dengan ini, kita akan dapat mendidik jiwa kita supaya menghargai perjuangan Rasulullah dalam menegakkan agama Allah SWT.

     Rasulullah SAW telah berjaya membina sebuah ketamadunan yang hebat dan gemilang. Ini dibuktikan di dalam sebuah buku yg ditulis oleh seorang penulis Barat iaitu Michael H. Hart yg bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yg telah meletakkan  Nabi Muhammad SAW di tempat pertama. Beliau menyifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yg berjaya dalam 2 bidang iaitu keagamaan dan kepimpinan.



      Setelah dilantik menjadi seorang Rasul, orang-orang kafir Quraisy mula menggunakan kekerasan dengan bertindak kejam terhadap siapa sahaja yang menjadi pengikut Rasulullah SAW. Bermacam bentuk seksaan dilakukan untuk memaksa para pengikut Nabi Muhammad SAW kembali kepada agama mereka yang lama. Setiap hari ada sahaja orang Islam yang diseksa. Ada yg disebat dan ada pula yg diheret lalu dijemur di tengah padang pasir yang panas. Malah ada juga yg mati syahid kerana dibunuh.Walaupun tentangan yg diterima begitu hebat, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat perjuangan Rasulullah SAW.
     Walaupun demikian, untuk melepaskan diri daripada terus diseksa dan ditindas. Lalu baginda memerintahkan sebahagian daripada kaum Muslimin berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan di sana. Rombongan pertama terdiri daripada dua belas orang lelaki dan empat orang perempuan yang dipimpin oleh Sayidina Usman Bin Affan. Turut serta ialah isteri beliau Sayidatina Ruqiyah, puteri Rasulullah SAW.Habsyah diperintah oleh seorang raja yang adil bernama An-Najasyi. Dia tidak akan mengkhianati sesiapa sahaja yang datang meminta perlindungan dan keselamatan darinya. Kedatangan rombongan hijrah kaum muslimin dari Mekkah disambut dengan begitu baik.

     Baihaqi memberitakan dari Abdullah bin Ja’far ra. katanya: Apabila Abu Thalib telah meninggal dunia, Nabi Muhammad SAW selalu diganggu dan ditentang secara terang-terangan. Dalam satu peristiwa, baginda telah dihalang di jalanan oleh salah seorang pemuda jahat Quraisy, diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka baginda, namun baginda Rasulullah tidak membalas apa pun. Apabila beliau tiba di rumah, datang salah seorang puterinya, lalu membersihkan muka beliau dari tanah itu sambil menangis kerana sedih melihat ayahnya diperlakukan orang seperti itu. Maka berkatalah Rasulullah SAW kepada puterinya itu: ‘Wahai puteriku! Jangan engkau menangis begitu, Allah akan melindungi ayahmu!’ .Begitulah baginda memujuk puterinya itu. Baginda pernah berkata: Sebelum ini memang kaum Quraisy tidak berani membuat sesuatu seperti ini kepadaku, sehinggalah selepas Abu Thalib meninggal dunia, mulalah mereka menggangguku dan mengacau ketenteramanku. Dalam riwayat yang lain, beliau berkata kepadanya kerana menyesali perbuatan jahat kaum Quraisy itu: Wahai bapa saudaraku! Alangkah segeranya mereka menggangguku sesudah engkau hilang dari mataku!
(Hilyatul Auliya 8:308; Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:134)


     Dalam riwayat dari Manbat Al-Azdi, katanya: Pernah aku melihat Rasulullah SAW di zaman jahiliah, sedang beliau menyeru orang kepada Islam, katanya: ‘Wahai manusia sekalian, Ucapkanlah ‘Laa llaaha lliallaah!’ nanti kamu akan terselamat!’ beliau menyeru berkali-kali kepada siapa saja yang beliau temui. Malangnya aku lihat, ada orang yang meludahi mukanya, ada yang melempar tanah dan kerikil ke mukanya, ada yang mencaci-makinya, sehingga ke waktu tengah hari. Kemudian aku lihat ada seorang wanita datang kepadanya membawa sebuah kendi air, maka beliau lalu membasuh wajahnya dan tangannya seraya menenangkan perasaan wanita itu dengan berkata: Hai puteriku! Janganlah engkau bimbangkan ayahmu untuk diculik dan dibunuh … ! Berkata Manbat: Aku bertanya: Siapa wanita itu? Jawab orang-orang di situ: Dia itu Zainab, puteri Rasuluilah SAW dan wajahnya sungguh cantik.
(Majma’uz Zawa’id 6:21)

     Bukhari meriwayatkan dari Urwah r.a. katanya: Aku bertanya Amru bin Al-Ash ra. mengenai apa yang dideritai Nabi SAW ketika beliau berdakwah mengajak orang masuk Islam, kataku: ‘Beritahu aku tentang perbuatan yang paling kejam yang pernah dibuat oleh kaum musyrikin terhadap Rasulullah SAW? Maka Amru berkata: Ketika Nabi berada di Hijir Ka’bah, tiba-tiba datang Uqbah bin Abu Mu’aith, lalu dibelitkan seutas kain pada tengkuk beliau dan dicekiknya dengan kuat sekali. Maka seketika itu pula datang Abu Bakar ra. lalu diambilnya bahu Uqbah dan ditariknya dengan kuat hingga terlepas tangannya dari tengkuk Nabi SAW itu. Abu Bakar berkata kepada Uqbah: ‘Apakah engkau hendak membunuh orang yang mengatakan ‘Tuhanku ialah Allah!’ padahal dia telah membawa keterangan dari Tuhan kamu?!’

(Al-Bidayah Wan-Nihayah 3:46)


Wallahu'alam.



Untuk belajar perlbagai ilmu seni, klik sini

No comments:

Post a Comment